Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 14, 2009

INI BUKAN KEMELUT LAGI ,TAPI MELALUT SERTA KALUT : 2 EDITOR SINAR JUGA GESA BUBAR DUN!


Teman termangu bila membaca ruangan editor 7 minit akhbar Sinar 13 Mei dan hari ini 14 Mei 2009.Kedua-dua editor seorang dari editor Pahang dan seorang editor Perak melahirkan perlunya serta pentingnya dibubarkan DUN Perak.
Memang padat tulisan kedua editor ini serta tersusun kata-katanya.Antara tulisan mereka ialah "Negara kita yang mendukung sistem demokrasi berparlimen ,pilihanraya daripada suara rakyat adalah cara yang paling sesuai dan berkesan untuk memilih sebuah kerajaan yang sah.
Oleh itu tidak hairan majoriti rakyat di Perak begitu mengharapkan pilihanraya negeri yang baru diadakan sebagai usaha terbaik dan terakhir untuk menamatkan kemelut politik di negeri mereka.
Namun apa yang diharapkan rakyat Perak masih belum kesampaian .Bagi Barisan Nasional (BN) ,pilihan raya bukan menjadi pilihan mereka sebaliknya mereka lebih suka mencari jalan melalui proses undang-undang iaitu melalui perbicaraan mahkamah."

Editor Perak yang kebetulan berasal dari Perak pula berkata "Itu kata rakyat Perak dan saya sendiri sebagai anak Perak turut berasa terkesan dengan situasi yang belum sejuk-sejuk.Memerhati situasi yang berlaku,bukan sedih bukan marah yang membuku dii dada tetapi muak sebenarnya sudah semakin terasa.Ini bukan lagi kemelut tetapi sudah semakin melalut!Sampai bila permainan ini hendak diteruskan,sampai bila hasrat pemimpin ini untuk membela nasib rakyat dikotakan?Saya menlihat isu ini tidak akan berkesudahan jika permainan tarik tali terus berlaku.Bukan perjuangan yang hendak ditonjolkan tetapi yang terlihat kini seolah-olah pihak pemimpin hendak tunjuk siapa lebih berkuasa.Jika pemimpin sibuk melaungkan supaya diterima hakikat dan terima keputusan mahkamah ,mengapa pula timbul isu lain.Dimanakah letaknya konsep mendahulukan rakyat jika menentukan siapa Menteri Besar sahaja sudah kalut dan haru biru.Sampai bila rakyat dipaksa menonton wayang yang karut-marut?Sampai bila hendak dibiarkan pentadbiran negeri menjadi huru-hara ,perpaduan jadi kacau-bilau?
Memang tiada jalan lain,jika pemimpin tunjuk rasa simpati bahawa hak rakyat perlu diutamakan,BUBARkan sahaja DUN.
Mungkin ada yang kata itu bukan jalan penyelesaian,tetapi barangkali kerana takut .Jadi beri peluang rakyat memilih siapa yang mereka mahu untuk membela nasib mereka .Apalah sangat kos yang dikatakan akan merugikan wang rakyat berbanding membiarkan maruah masing-masing terus dijaja."

No comments: