Jadikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai medan menyelesaikan krisis politik di Perak tetapi bukan dengan MB yang tidak diiktiraf oleh Mahkamah Persekutuan & Mahkamah Tinggi.
Demikian gesaan Pergerakan Pemuda UMNO yang melihat situasi politik di negeri itu perlu diselesaikan segera melalui cara tersebut supaya rakyat Perak terus terbela dan terpelihara.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, melalui kaedah itu, pilihan raya tidak perlu diadakan memandangkan ia sudah dilaksanakan dengan begitu baik sebelum ini.
“Apa yang berlaku di Perak hanya arus perubahan sokongan wakil rakyat kepada Barisan Nasional (BN) jadi semua pihak perlu terbuka menerima pandangan dan keputusan pada Sidang DUN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Manakala Dewan Pemuda Pas Perak meminta penyokong parti itu dan rakyat di Perak bertenang dan bersabar dengan krisis yang berlaku di negeri itu serta menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Ketuanya Mohamad Zawawi Abu Hassan berkata beliau yakin baginda akan membuat keputusan yang berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berharap semua pihak menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama ini.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang diisytihar oleh Mahkamah Tinggi sebagai menteri besar yang sah, telah memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment