Teman dengar cerita bangunan tersebut hendak dibaiki sahaja tetapi di akhbar kata untuk diroboh.harap ada maklumat terperinci tidak lama lagi.
PETALING JAYA – Sebuah bangunan pasar raya yang kosong dan dalam proses untuk dirobohkan di Seksyen 14 di sini runtuh semalam menyebabkan dua terkorban, dua cedera parah manakala lima lagi hilang dipercayai tertimbus.
Dalam kejadian pada pukul 4.50 petang itu, terdapat sembilan pekerja warga asing berada dalam bangunan berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Membeli-Belah Jaya.
BEGINILAH keadaan bangunan pasar raya Jaya yang runtuh di Seksyen 14/20, Petaling Jaya, Selangor semalam.
Ekoran kejadian yang mengejutkan itu, pihak berkuasa kini mengisytiharkan kawasan kejadian sebagai kawasan bencana.
No comments:
Post a Comment