Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 29, 2009

WABAK SELSEMA BABI/SWINE INFLUENZA BAHAYA TETAPI ADA HIKMAH DARI SUDUT HATI TEMAN

Teman punya pendapat tentang hikmah penyakit ini pada Malaysia ialah :-
1. Kerajaan dapat elakkan aliran tunai ke luar negara terutama Amerika Syarikat dan Mexico walaupun ke Danok sekalipun tidak digalakkan.Sebabnya ada rakyat Thailand dan terkena wabak tersebut.
2. Mudahan projek Satu Kandang untuk babi Satu Negeri yang dirancang oleh BN sebelum PRU12 dan ingin diteruskan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid akan dapat sokongan dari mata rakyat keseluruhan.
3. Yang kurang bagus, malang menimpa PM kita dahlah gagal menonjolkan diri dan ucaptama di Kemuncak Persidangan di Thailand tempohari dan sekarang sukar beliau ke luar negara disebabkan wabak ini.Dapatlah berkunjung ke Indonesia sahaja baru-baru ini.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican mengingatkan penduduk Malaysia tidak perlu bimbang mengenai wabak Swine Influenza atau selesema babi kerana Malaysia disahkan bebas daripada wabak itu, tapi berita terbaru dari sempadan Malaysia sebentar tadi lain pula bunyinya.
BERNAMA melaporkan dari Bangkok bahawa Kementerian Kesihatan Awam Thailand telah mengeluarkan amaran kepada rakyat negara itu agar tidak melakukan perjalanan ke Mexico dan Amerika Syarikat berikutan seorang wanita tempatan disyaki menghidap penyakit selesema babi.
Hospital Chulalongkorn, Bangkok mengesahkan seorang kakitangan wanitanya yang berusia 42 tahun dirawat kerana demam selesema selepas kembali dari menghadiri seminar di Mexico dari 3 hingga 11 April lalu. Setakat ini wabak itu telah mengorbankan lebih 150 orang di Mexico.
Bila selsema babi sudah menjenguk Thailand, bermakna Malaysia berada dalam bahaya. Bangkok bukan jauh sangat dengan sempadan Malaysia. Sebab itu ramai orang kita pergi ke sana untuk pelbagai urusan sama ada urusan rasmi atau urusan peribadi.

Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia, Imegresen dan sebagainya perlu mengambil tindakan perlu bagi mengelakkan penyakit itu tidak menyeberangi sempadan. Pengalaman wabak JE dan selsema burung yang merebak lebih cepat dari kilat itu patut dijadikan pengajaran.

No comments: