Teman memang tabik pada SPR yang sekian lama telah memberi kebenaran membina pondok panas semasa pilihanraya bagi kemudahan pengundi membuat semakan.Ntah macammana tiba-tiba SPR dapat mimpi kut selepas berhempas pulas mencari jalan nak mengenakan Pakatan Rakyat akhirnya SPR dapat idea untuk menghapuskan sistem pondok panas pula.
Teman terpanggil bila melihat dan mendengar Wan Omar di Astro Awani bercakap tentang penghapusan pondok panas perlu kerana SPR dan sediakan barong untuk rujukan dan semakan para pengundi.Benarkah begitu , benarkah SPR tidak menipu atau bersengkokol dengan BN/UMNO terutama semasa Pilihan Raya Umum tahun 1999 khususnya di Selangor.
Pengalaman teman bertugas di Lembah Jaya dan Ampang Jaya amat mengecewakan bayangkan ramai pengundi mendapati nama mereka ada di pondok panas dan di barong(SPR) ,tetapi bila nak mengundi nama mereka tiada pula.Pendeknya ramai pengundi jadi bola sekejap ke tempat mengundi sana dan sekejap disuruh ke sini.Tetapi hampeh ,tetap nama tiada dan akhirnya mereka ramai yang tidak mengundi.Tidak cukup begitu SPR telah tambah 1 jam masa mengundi tanpa notis awal dan inilah penipuan besar-besaran didalangi oleh SPR.
Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menarik balik keputusannya melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan meraih undi pada hari mengundi.
Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan.
Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa berkata, larangan yang dibuat oleh SPR itu bercanggah dan tidak mengikut undang-undang pilihan raya.
Malah jelas Sivarasa, keputusan yang dibuat oleh SPR itu juga bercanggah dengan pendirian suruhanjaya sebelum ini.
"Keputusan ini bercanggah dengan pendirian mereka sendiri yang dibuat dulu pada pilihan raya umum 2004.
"Undang-undang pilihan raya membenarkan parti politik mendirikan pondok panas mengikut Seksyen 24 B (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment