Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 29, 2009

UMNO WANITA,PEMUDA & PUTERI BAHAGIAN BESUT TIDAK SOKONG AHMAD SAID

Pada 22 April 2009 Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut menyatakan pendirian mereka yang tidak menyokong kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dengan menafikan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan yang menyatakan ketiga-tiga sayap parti itu menyokong Ahmad Said.
Rosli yang menyatakan demikian dalam laman web berita Malaysiakini semalam bahawa Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Idris Jusoh sebagai perancang sehingga tercetusnya kemelut politik di negeri kelahiran saya itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut, Mahadi Musa menyatakan bahawa kenyataan Rosli itu satu pembohongan dan dibuat bagi menjatuhkan Idris dan UMNO bahagian itu. Menurutnya, ketiga-tiga sayap parti itu juga berdiri teguh di belakang Idris dalam menyatakan sokongan mereka terhadap Ketua UMNO bahagian itu.

No comments: