
Teman nasihatkan DS NAJIB tak perlulah beresok-esok nak mesyuarat tentang calon BN.Jika BN adakan calon nanti membazirkan wang rakyat.Bayangkan kalau belanja SPR 3 juta maka belanja Polis 10 juta pula. Itu belum bahan kempeh,deposit ,belanja setiap kontigen ikut bahagian dan negeri ke Penanti.Tambah lagi belanja Menteri yang menggunakan kemudahan kerajaan membuat lawatan dan kempen.
PETALING JAYA: Keputusan sama ada Umno akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan dijangka diputuskan esok.
Biro Politik Umno bermesyuarat petang esok.
Mesyuarat tersebut dijadual dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Putrajaya pukul 5 petang.
“Ya, esok Biro Politik akan bermesyuarat bagi menentukan sama ada BN (Barisan Nasional) yang diwakili Umno akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil Penanti,” katanya.
No comments:
Post a Comment