Kehadiran Che Det ke Bukit Gantang menunjukkan talam dua mukanya Polis jika mengambilkira perkembangan terkini pilihanraya kecil Bukit Gantang. Ketua Polis Daerah Taiping telah mengeluarkan pelbagai arahan luar biasa yang tidak pernah terjangkau oleh fikiran normal sebelum ini Antaranya pihak polis tidak membenarkan pemimpin DAP dan PKR berkempen atas alasan mereka tidak bertanding dalam pilihanraya. DAP dan PKR juga diarahkan menurunkan bendera kedua-dua parti atas alasan yang sama.
Ironinya Tun Mahathir hendak pergi ke Bukit Gantang itu pula atas kapasiti apa? Tun Mahathir bukan lagi ahli UMNO, bukan lagi anggota BN, jadi mengikut arahan polis dia tidak boleh berkempen atas nama parti yang dia bukan ahlinya. Status Mahathir kini cuma sebagai orang bebas tidak berparti dan mengikut takrif kebenaran berkempen baru yang dikeluarkan oleh polis Taiping, beliau pasti tidak boleh berkempen. DAP dan PKR yang merupakan parti berdaftar pun tidak dibenarkan oleh polis Taiping untuk berkempen, apa lagi Tun M yang tidak mewakili mana-mana parti, tentu dia juga tidak boleh berkempen.
Takpe kita tunggu sajalah sama ada Tun mahathir dibenarkan berkempen pada hari Ahad ini. Jika beliau dibenarkan berkempen, sahlah polis Taiping membuat pendekatan talam dua muka - untuk PR semua tak boleh, untuk BN semuanya boleh!
Teman memang sensitif bila sebut talam. Pasal tu kat rumah teman dah tak simpan talam.Bayangkan perumahan Bukit Sentosa dan Beruntung adalah dari projek Talam.memang Talam 2 mukan syarikat ni.Kata dah bangkrap tapi sentiasa dapat modal tanah berekar untuk dijadikan pembangunan perumahan dan bangunan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment