Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 2, 2009

APA DAH JADI PENYOKONG BN P59 KATA CALUNNYA MUKA DANOK?

"Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?"

Itu antara kata-kata yang tertulis pada kain rentang yang dipasang oleh ahli-ahli UMNO Bukit Gantang untuk calon mereka Ismail Saffian. Dari pemerhatian aku, banner terbabit terpasang sejak awal pagi penamaan calon lagi. Sehingga hari ini masih ada di antara banner terbabit yang belum diturunkan walaupun lokasinya terbuka dan hampir dengan markas BN terutamanya melibatkan DUN Terong.

Situasi ini dilihat sebagai suatu perpecahan dalaman yang agak teruk. Mengikut beberapa maklumat yang diperolehi, perpecahan ini berlaku bilamana Kamalullail tidak terpilih menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang. YB Rosli, ADUN Terong sendiri dilihat menyebelahi Kamalullail yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bukit Gantang.

Tidak cukup dengan banner DANOK, beberapa poster bersaiz A3 yang menceritakan perihal DANOK juga ada disebarkan di beberapa tempat di DUN Terong. Malah, poster besar calon yang diletakkan di tepi jalan dipercayai turut dijatuhkan oleh penyokong Kamalullail dan YB Rosli.

Perpecahan yang sedang berlaku ini hanya dikesan berlaku di DUN Terong. Seorang pemerhati mengatakan kesudahan kepada semua perkara ini adalah akan berlaku pergaduhan di antara mereka. Sehingga ini sudah ada pihak-pihak dari dalam UMNO cuba menyelesaikan segera krisis ini. Namun, Kamalullail dikatakan masih tidak memberikan respon untuk menyelesaikan krisis dalaman ini.

Apabila timbul isu DANOK, timbul persoalan. Adakah benar Ismail rajin betul ke DANOK? Jika benar apakah yang dilakukan Ismail di DANOK? Tempat apakah DANOK tersebut? Pusat sejarahkah, atau pusat membeli-belah? Atau memang Ismail mempunyai ahli keluarga di DANOK?

Secara peribadi, sejak datang ke Bukit Gantang inilah barulah aku tahu wujudnya tempat bernama DANOK di Thailand. Sebelum ini aku hanya tahu Bangkok, Golok, Hadyai, Puket dan beberapa nama yang sinonim dengan pelancongan di sana.

Seorang sahabat meminta aku mendapatkan maklumat dari Jabatan Imigresen. Aku kata, sampai mati pun mereka tak akan bagi. lagipun bukti keluar masuk tidak menggambarkan apa-apa. Tidak menjadi kesalahan nak ke mana-mana pun selagi tempat dan tujuan itu tidak salah. Melainkan, tempat yang dituju itu salah.

No comments: