Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, April 3, 2009
SLOGAN BN : MOHON RESTU RAKYAT UNTUK PANCING UNDI
Teman nak cakap pada BN/UMNO , ohhh pasal nak memerintah atau merampas pemerintahan dari Pakatan Rakyat kamu kata nak mohon restu.Tapi bila dah memerintah dahla batang-hidung pun tak nampak.Masa nak naikkan tol tidak pula minta restu rakyat.
Bila nak naikkan harga barang tidak pula minta restu rakyat.
Slogan 'pohon restu rakyat' sandiwara terdesak BN
BUKIT SELAMBAU, 2 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar menyelar Barisan Nasional dan menyifat slogan yang digunakan untuk menarik sokongan rakyat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebagai satu lagi sandiwara terdesak BN untuk menipu rakyat.
Beliau mempersoalkan mengapa pada waktu kritikal disaat sokongan rakyat terhadap BN terhakis, baru BN hendak memohon restu rakyat.
"Kenapa semasa menaikkan harga minyak, menaikkan harga barang, naikkan tol dan merampas kerajaan negeri Perak, BN tidak meminta restu rakyat?" soal beliau.
Firdaus yang juga Ketua Penerangan Pilihan Raya bagi jentera PAS percaya rakyat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang tidak akan mudah tertipu dengan sandiwara BN.
Katanya, BN seolah-olahnya seperti 'harimau kelaparan yang tersepit' yang akan membaham orang yang melepaskannya.
"Rakyat jangan tertipu lagi, jika mereka tersilap memberikan kemenangan kepada BN, mereka akan terus ditindas," tegasnya.
Firdaus yang juga AJK Dewan Pemuda PAS Pusat turut membidas Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang mempergunakan Sekolah Rendah Lubuk Segentah dekat sini untuk kepentingan politik BN.
"Tindakan Naib Presiden Umno ini cukup memalukan, beliau membawa calon BN pergi ke sekolah rendah untuk berkempen.
"Tindakan menggunakan premis kerajaan ini membuktikan BN sedang terdesak kerana menyedari rakyat masih menolak mereka sejak PRU 2008," ujarnya.
Katanya, Hishammuddin dan pemimpin kerajaan lain, kononnya melarang parti-parti politik menggunakan premis kerajaan, sebaliknya mereka yang memperalatkan dan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan BN.
"Rakyat harus menghentikan double standard ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat," tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment