Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 3, 2009

MENTERI PELANCUNGAN AKUI SPRM LEMBAP TAPI BELUM LEMBAM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said semalam menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwanya melengahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Menteri Pelancongan itu berkata, SPRM kini dilihat berdiam diri tanpa memberi sebarang alasan terutama selepas selesai saja Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang menyaksikan beliau tewas dalam merebut jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Jadi saya tengah nak tanya SPRM ni... saya tengah nak naik angin ni... apa yang dia (SPRM) nak buat ni, nak tunggu apa. Kalau nak siasat, siasat lah. Kalau tak ada kes, buang sajalah. Saya tak pasti kenapa ini berlaku.
“Saya rasa mereka (SPRM) jatuh cinta dengan saya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 dan Hari Kualiti 2009 Kementerian Pelancongan di sini, semalam. Hadir sama Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Ong Hong Peng.
Azalina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan SPRM terhadap beliau berhubung dakwaan dan menyalahgunakan dana kementerian itu.
Pada 12 Mac lalu, akhbar melaporkan SPRM merampas sejumlah fail dan menyoal siasat beberapa pegawai Kementerian Pelancongan bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek kementerian itu.
Dua pegawai kanan Azalina turut ditahan SPRM, tetapi dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.
Kita tengok rombakan Kabinet nanti. Bagi saya itu keputusan bakal Perdana Menteri. Dia nak tambah ke.. dia nak kurang ke.
“Bagi saya kalau kita nak nilai tindakan Shahrir itu, isu ini perlu ditanya juga kepada Menteri Besar yang kalah pada pemilihan

No comments: