Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, April 30, 2009
SIDANG 7 MEI : MB PERAK YANG TAK SAH... CUBA MENGACAH !
Pengakuan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. bahawa kedudukan beliau sebagai MB yang belum sah tidak memberi kesan rasa malu malah ketebalan muka tembok beliau semakin menebal.Beliau terpaksa menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tetap akan bersidang pada 7 Mei.
Menurutnya muka tembok ini, selagi mahkamah belum membuat keputusan berkenaan pelantikannya, beliau masih Menteri Besar yang sah (perasan)dan begitu juga dengan barisan Exco kerajaan negeri.
Katanya, Speaker DUN Perak, V. Sivakumar juga mesti mengiktiraf dan menghormati pelantikan beliau dan enam Exco kerajaan negeri sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.
''DUN Perak perlu bersidang walaupun kes semakan kehakiman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Ir. Nizar Jamaluddin terhadap saya belum diputuskan.
''Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah jelas. Ini kerana Mohammad Nizar yang mencabar kedudukan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menurut Zambry, soal pelantikan Menteri Besar adalah di bawah bidang kuasa Sultan Perak dan Mohammad Nizar sedar tentang perkara itu.
Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang mengeluarkan kenyataan mendakwa seolah-olah beliau sudah mengetahui keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah kerana mengadakan sidang DUN pada 7 Mei ini.
Katanya, kenyataan Kor Ming itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan berunsur hasutan kerana mempersoalkan sistem kehakiman negara.
''Saya tidak pernah mengganggu mahkamah dalam membuat sebarang keputusan dan saya tidak pernah mempersoalkan kebebasan sistem kehakiman negara walaupun ada kalanya tidak menyebelahi saya," tegas beliau.
Zambry turut mengecam tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menghina keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung penggantungan beliau dan enam Exco kerajaan negeri baru-baru ini.
Katanya, Koo Ham semasa berucap pada satu ceramah Pas di Lumut pada 17 April lalu telah mendakwa Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak mengikut undang-undang dan telah menukar undang-undang hanya kerana kes kerajaan negeri Perak.
''Kenyataan yang dibuat oleh Koo Ham bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Persekutuan, malah satu tindakan menghasut rakyat Perak supaya tidak menghormati undang-undang dan sistem kehakiman negara," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment