1. Sedekah bacaan surah Al-Fatehah untuk Alahyarham 3 beradik iaitu Allahyarham Muhammad Shaiful (7 tahun),Allayarham Muhammad Amirul (4 tahun) dan Allahyarham Muhammad Yusof (2 tahun) yang meninggal dunia dalam kebakaran kediaman mereka di kampung Sungai Rotan, Batu Hampar tempohari.
Takziah pada Ibubapa 3 beradik itu ialah pasangan suami isteri, Nordin bin Md Noor dan Mah bt Abdullah yang mendiami rumah pekerja kuari pasir di kampung ini. Ketika kebakaran, pasangan suami isteri tersebut sedang mencuci pakaian di sungai yang agak jauh dari kediaman mereka.
2. Sedekah bacaan surah Al-Fatehah untuk WANITA PERTAMA SARAWAK dan takziah kepada KETUA MENTERI SARAWAK sekeluarga
Wanita Pertama Sarawak, Datuk Patinggi Puan Sri Hajah Dr. Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pulang ke rahmatullah di kediamannya di Demak Jaya, Kuching, jam 3.45 petang tadi. Almarhumah, 68, meninggalkan empat orang anak.
No comments:
Post a Comment