GMP Kata Yang Bingai Ialah Utusan Malaysia!! Gagasan Melayu Perak (GMP) menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa pihaknya tidak membuat laporan polis terhadap Malaysiakini atau mana-mana lamanweb kerana menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin.
"Kami hanya membuat laporan polis terhadap seorang pelayar internet menggunakan nama PASOK, yang disiarkan di dalam sebuah lamanweb," kata Penasihat Undang-undang GMP dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataaan itu dihantar melalui faks kepada Malaysiakini petang ini dan salinannya kepada pejabat Utusan Malaysia, cawangan Ipoh.
"Kami ingin menegaskan bahawa terdapat kesilapan pemahaman di pihak Utusan Malaysia sehingga tersiar berita bahawa kami membuat laporan polis terhadap Malaysiakini," katanya dalam kenyataan empat perenggan tersebut.
Semalam, Utusan Malaysia dan Bernama terlanjur melaporkan bahawa GMP telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan oleh lamanweb tersebut.
Teman nasihatkan jika boleh Malaysiakini saman je Utusan Malaysia tu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment