Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 28, 2009

GERAK dan SPRM ada hati nak pantau Muktamar PAS?


Bagaimana rakyat umumnya dan khususnya ahli PAS nak percaya pada Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi(GERAK) dan Suruhanjaya Pencegahan rasuah malaysia jika kes kesalahan rasuah yang melibatkan orang-orang besar dan VIP UMNO semasa Perhimpunan UMNO Mac 2009 tidak diambil tindakan?Malah perasuah yang telah diiktiraf seperti KM Melaka Ali Rustam boleh menjawat Mt dan Ketua Menteri Melaka.
Habis ! perlukah atau relevenkah SPRM ATAU GERAK memantau Muktamar PAS?
Wahai SPRM dan GERAK ! kamu buat kerja main-main , bila disuruh UMNO/Bn bergegas-gegas kamu
Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) Malaysia berpandangan bahawa PAS perlu membuka ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malatsia (SPRM) memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu dalam Muktamar PAS, Jun depan.

Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata, langkah itu akan memberikan kredit kepada PAS bagi membuktikan parti itu benar-benar tidak terjangkit dengan penyakit rasuah walaupun setelah memenangi pilihanraya umum lalu.

“Kita berpandangan bahawa PAS boleh membuka ruang kepada SPRM menjalankan pemantauan bagi mengesahkan lagi bahawa Muktamar PAS pada kali ini adalah benar-benar bebas daripada rasuah,” katanya.

Dalam kenyataanya kepada Agendadaily, beliau berkata, GERAK menyokong SPRM jika agensi berkenaan mahu memantau perjalanan pemilihan Muktamar PAS itu supaya bebas daripada rasuah.

Gerakan itu menolak pandangan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Dr. Che Rosli Che Mat yang membuat kenyataan menolak pembabitan SPRM untuk memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu, Jun depan.

“Sepatutnya pemimpin itu mencontohi sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah membenarkan SPRM menyiasat dakwaan korupsi terhadap menantunya. Akhirnya terbukti tidak berlaku sebarang kesalahan rasuah atau salahguna kuasa,” tegasnya.

Menurut Mohd Nazree, peranan ahli-ahli PAS yang terbabit pemilihan pemimpin parti amat penting dalam memastikan tidak ada unsur-unsur lobi-melobi dan penggunaan politik wang.

Katanya, ini perlu selepas pembangkang yang turut dianggotai PAS telah mempunyai kuasa mentadbir yang boleh menjerumuskan pemimpin ke lembah rasuah jika tidak berhati-hati dengan perkara ini.

Menurutnya. SPRM harus diberikan kepercayaan oleh rakyat terutamanya generasi muda. PAS dengan pemantauan tersebut bagi menyakini pemilihan parti itu benar-benar bebas daripada rasuah politik.

No comments: