
Teman tertarik bila baca kata-kata hikmat beliau iaitu 'Bahasa orang Johor ..tegas lantang tapi berhemah', tapi teman lihat berhemah atau lemah macam Pak lah.Takut sangat beliau jika keputusan 3 prk ini disamakan dengan referendum rakyat atau pungutan suara rakyat yang menolak kepimpinan baru yang mempunyai Perdana menteri yang belum diakui bersih di mata dunia.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu "pungutan suara" penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sememangnya pilihan raya kecil itu mempunyai signifikasi kerana secara kebetulannya proses peralihan kepimpinan dan kuasa itu berlaku ketika tiga pilihan raya kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak serta Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan.
"Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Merbok di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment