Alhamdulillah.. Pemilihan ajk masjid As-Salam Bukit Sentosa akhirnya ditentukan oelh ariah masjid juga dan pilihan tidak berganjak di mana 2 kali pemilihan sebelum ini tida dipersetujui oleh UMNO di Bukit Sentosa.Pihak UMNO memang menyusahkan penduduk dan kariah masjig As-Salam.
Bayangkan 3 calon UMNO untuk jawatan nazir adalah terdiri dari 2 orang profesor dan 1 orang Kolonel masih bertugas.Namun mesyuarat yang mereka(UMNO) kehendaki kali ke 3 ini tidak serius persediaan mereka.Bayangkan 2 calon profesor mereka tidak hadir.Kolonel yang beria-ria ingin dicalonkan telah mendapat pencalonan paling sedikit dan tidak terpilih.Calon kolonel ini adalah Pengerusi PIBG sekolah Kebangsaan Sentosa yang rajin menghadiri pemilihan ajk-ajk di sekitar Bukit Sentosa.Buat asa ini beliau adalah pengerusi sekolah kebangsaan tersebut yang tiada tolok banding di sini.
Untuk makluman pembaca, ajk-ajk yang sedia ada adalah lantikan bukan dari undian kariah jadi memang sukar mereka diterima oleh ahli-ahli kariah disekitarnya.
Alhamdulillah.. syukur kita kehadrat Ilahi atas kejayaan percubaan untuk mengembalikan hak mengurus dan mentadbir masjid As-Salam kepada yang hak. Calon-calon yang dicadangkan oleh ahli-ahli kariah surau-surau di bawah Masjid As-Salam telah berjaya diilih untuk diajukan kepada pihak berkenaan untuk dipilih sebagai AJK sesi akan datang.
Kepada yang bakal terpilih nanti, ini adalah tanggungjawab yang amat besar! jika sebelum ini kita telah dapat melihat betapa gagalnya mereka mentadbir rumah Allah ini dengan telus dan akauntabiliti, maka WAJIB bagi kita untuk membuktikan bahawa segala apa yang berlaku sebelum ini hanyalah akan menjadi sejarah buruk!
Mereka pastinya akan sentiasa mencari-cari kesalahan untuk dijadikan isu. Maka berhati-hatilah.
Mohon juga kepada mereka yang akan berjaya nanti agar janganlah mengabaikan kerja-kerja jemaah apabila sibuk dengan tugas-tugas Masjid ya?
No comments:
Post a Comment