
Teman tersentuh bila blogger kreatif Kassim Selamat membuat analisa Pilihan Raya kecil sebagai permainan bola. Memang beliau bersemangat gigih, walaupun orang kata beliau OKU , beliau sentisa menggunakan kemampuan yang seadanya untuk berjuang demi keadilan rakyat.nak butiran lanjut sila klik tajuk.Perlawanan Liga bolasepak Piala Monggolia di antara pasukan Pakatan Rakyat menentang pasukan Barisan Nasional telah di adakan di Stadium Bolasepak Bukit Gantang malam tadi di dalam keadaan hujan renyai2 dengan padang yang agak becak.
Team Pakatan Rakyat turun bermain dengan memakai jersi berwarna hijau putih dan biru di ketuai oleh ketua pasukannya Anwar Ibrahim berjersi nombor 6 (merengkok 6 tahun di penjara Sg. Buluh) di bantu oleh pemain hitam manis dari negeri 'Jelapang Padi' S. Manikumar yang memakai jersi bernombor 4 (nombor kertas undi yang di beri oleh SPR untuk PRK Bukit Selambau).
No comments:
Post a Comment