Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 9, 2009

FROM HULU SELANGOR KE TRONG WITH KEMENANGAN



Teman mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanawataala kerana memberi kekuatan hidayah, fizikal dan kesihatan dan sumbangan dari semua segi dalam berjihad menegakkan kebenaran dan e arah kemenangan jika diizinkan.
Tahniah kepada pejuang jihad Hulu Selangor khusus ahli PAS Batang kali, Sg. Selisik, Serendah, Bukit Sentosa,Bukit Beruntung, Sg. Buaya dan Taman Bunga Raya.
Berbeza dengan PRK Kuala Terengganu banyak persediaan perlu dibawa dari Hulu selangor dan pengormanan cuti bagi yang bekerja makan gaji amatlah sukar digambarkan.
Di Trong, iaitu di Kg. slak baru kami disediakan 2 buah banglo dua bilik yang kosong tapi selesa oleh penduduk dermawan di sana untuk kediaman lebih 150 orang .PAS Kawasan telah membawa sendiri pinggan mangkuk,periuk kuali,cawangelas cerek dan sebagainya.
kami tidur beralaskan tikar plastik sejadah yang bersaiz sejadah sebagai alas dan tikar sembahyang.Namun semuanya tidak menjadi masalah ,malah kami relaks dan redha dengan keadaan begitu demi kerana mencapai kemenangan yang diredahi Allah.
Bayangkan kehadiran adalah bertali arus dan tukang masak sukarela sentiasa memasak secara profesional tanpa gaji untuk memberi tenaga kepada semua pejuang dan petugas yang ada.
Bukan di Trong Barat sahaja kami menyumbangkan tugas namun ramai dari kami diberi tugas PACA ke Puulau pasir Hitam, Temerlok, Sg Tinggi dan Kg. Tebuk.teman sendiri kena ditugaskan PACA di KG. Tebuk dimana semasa teman jaga sehingga 11.30 pagi 60 peratus pengundi telah menjalankan tugasnya.Pengundi disitu cuma seramai 545 orang.
Kg. Tebuk diawasi oleh Ustaz Badrul Amin dan YB Dr.Zulkifli dari Kuala Selangor.
Malamnya kami berkesempatan membantu ceramah dari Dr.Halimah, Dr. Maria dan ida lama selepas itu MB Nizar hadir memberi amanat dan kata peransang beliau kepada pengundi dan kami.
Oleh kerana di Trong Barat sudah ramai penyokong dari Pakatan Rakyat teman pun ke UPU Air Terjun meliaht dan membantu mereka di sana.Sebaik jam 5 petang teman menumpang kereta YB Iskandar ke Trong Semula.Sebelum itu teman sempan bertemu blogger dari Subang Jaya.

No comments: