
Teman terkesima bila melihat berita di TV mana lagi, berkenaan usaha atas kesedaran PM 1MALAYSIA mahu kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur di atasi segera.Chewah ... bagusnya PM yang turun ke KL untuk mendapatkan maklumat sebenar rakyat kununnya ala Khalifah Omar Abdul Aziz atau sekurang-kurang macam Datuk Hassan Ibrahim (bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Datuk Ishak Tadin (bekas Pengurus Besar KTM) yang banyak kali turun padang dengan menyamar dengan pelbagai identiti untuk mengetahui masalah sebenar rakyat dan pelanggan agensinya.
Yang semoleknya PM patut turun dengan menyamar seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz dahulu bagi memudahkan beliau mendekati rakyat tanpa mengetahui identiti sebenar beliau.
Masalahnya jika PM turun padang dengan berpakaian rasmi atau separa rasmi macam tu ada 3 maksud utama tercetus dalam hati rakyat iaitu:-
1. rakyat akan sangka orang lantikan atas kepercayaan beliau tidak berfungsi sampaikan PM kena buat spot check begitu sekali.Memang elok benar beliau buat pemeriksaan mengejut apa yang Datuk bandar buat, apa Kementerian Wilayah buat dan sebagainya.
2. rakyat akan rasa PM tidak akan mendapat maklumat sebenar mengenai masalah yang cuba dirungkaikannya. Pegawai-pegawai yang sudah tahu PM akan turun padang, lazimnya akan membersihkan padang yang akan dilawati dan PM hanya akan melihat sesuatu yang baik sahaja di depannya.
3, rakyat akan rasa PM dah berubah untuk menjadi PM yang sangat prihatin dengan rakyat.
Sebagai ingatan jika PM nak turun padang, biarlah benar-benar turun padang. Jika turun padang setakat berjalan, bersalaman dan bertanya kabar seorangdua sambil diperhatikan pengawal keselamatan yang berwajah bengis dan tidak mesra rakyat, anda hanya membuang masa dan keringat kerana maklumat sebenar yang diinginkan tidak diperolehi.
No comments:
Post a Comment