
MCA menyatakan rasa puas hati dengan keputusan Kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam.
"Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni.
Ya Allah mana Menteri Agama? Mana Mufti? mana Ulamak? Mana JAKIM ?
Kalau Keputusan ini digunakan bagaimana kes Raja Kamarul pula? Yang semoleknya panggil ketua Ulamak PR dan BN, Mufti,JAKIM dan Menteri Agama YB Jamil Khir ke meja rundingan.Bincang betul-betul ...teman bagi hint di bawah
1) Kalau anak itu belum masih menyusu hak penjagaan pada ibu (walaupun ibu belum islam).
2) Kalau belum mumayyiz biarlah pihak mahkamah yang tentukan siapa yang mendapat hak penjagaan sehingga budak itu mumayyiz. Selepas mumayyiz mahkamah boleh memerintahkan anak itu memilih nak tinggal dengan siapa dan memilih agama apa.
3) Kalau semasa bercerai anak itu sudah mumayyiz, biarlah anak itu menentukan agamanya.
4) Kalau dah baligh tu pandai2 la pikir sendiri.
Islam itu adil jadi kalau salah seorang pasangan itu masuk islam sedangkan sorang lagi tak masuk islam, adilkah secara automatik anak2 nya masuk islam.
No comments:
Post a Comment