Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, April 28, 2009
MALAYSIA MASIH KELAS KE 3 ? WALAU PENDAPATAN DARI MINYAK PETROLIUM SAHAJA RM70 BILION?
Adalah menyedihkan untuk menerima fakta bahawa Malaysia tertinggal jauh kebelakang berbanding dengan Negara membangun dan sedang membangun dalam Asia.Malahan Jepun adalah kelas pertama , Korea,Singapura dan Taiwan adalah kelas ke 2, Malaysia yang malang hanya bersaing dengan kelas ke 3 dan tidak salah jika dipanggil Malaysia adalah Negara kelas ke3.Walaupun China dan India mengejar Malaysia dari belakang dan waktu ini mereka adalah kuasa ekonomi rumah dalam pembikinan di rantau ini.
Perangkaan menunjukkan Singapura,Taiwan,Korea , Jepun adalah lebih kaya dari kita.Kenapa kita gagal walaupun pendapatan tahunan dari minyak petroleum sahaja melebihi RM70,000,000,000.00 (RM70 bilion)?Kita telah kalah dalam peperangan dengan Negara-negara yang kurang sumber semulajadi .Kita sekarang adalah dalam zon bahaya ketika menghadapi kesan krisis ekonomi dunia.Adakah Malaysia mempunyai pengurusan eksekutif yang lemah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Apa nak buat, selagi mereka memerintah selagi itulah kita kena main
Post a Comment