Apalah salah aku? Kenapalah aku senantiasa disabitkan walaupun berkaitan dengan manusia?Aku juga makhluk Allah! Kalau setakat untuk sembeli atau untuk korban di hari raya, aqiqah dan hari raya qurban bolehlah diterima .Yang tidak sedap dan kami bangsa kambing tidak berkenan ialah bila dikaitkan semasa manusia berpolitik dan semasa seseorang nak menyelamatkan dirinya yang telah berbuat penyelewengan dan disalahkan orang yang tidak bersalah. Memang smua orang kenal kambing, dan kalaupun orang buta boleh mengenali kambing samada menerusi suara atau paling tidak bau kambing yang hamis itu. Dan harga daging kambing sebenarnya lebih mahal daripada daging lembu. Mungkin kerana sejarahnya yang panjang dan dikaitkan dengan beberapa ibadat aqigah dan sebagainya maka permintaan terhadap kambing agak tinggi.
Lebih mahal sekiranya kambing berkenaan cukup umur dengan beberapa kreteria ukuran samada tanggal gigi atau ukuran lainnya.
KAMBING juga popular kerana sering dikaitkan dengan penyembelihan kerana Nazar atau apa jua hajat yang tertunai.
"Sekiranya saya dapat masuk ke Universiti... saya akan korbankan kambing hitam... putih dan sebagainya.
Begitu juga dengan nazar yang lain... "Sekiranya saya dapat anak perempuan.. saya akan korbankan kambing ... sekiranya saya dapat anak lelaki.... saya akan korbankan kambing....."
Maka jadila kambing sebagai binatang korban.
No comments:
Post a Comment