Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 23, 2009

WAKIL RAKYAT PR HARUS ADA KEKUATAN DALAMAN DAN LUARAN DIRI BAGI HADAPI ASAKAN MUSUH MEREKA!

PERLETAKAN Mohamad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 hari ini menunjukkan peranan blog dan internet tidak lagi boleh dipandang ringan. Blog kini dikatakan menjadi ancaman baru kepada orang politik yang bermasalah dan juga tiada masalah.
Kalau individu Wakil rakyat dan rakyat tiada kekuatan dalaman (Bagi orang Islam perlu ada roh Islam yg syumul iaitu Iman & bagi bukan Islam perlukan kekuatan dalam dan fizikal bagi menangkis dan menjelaskan bagi mereka yang tidak puas hati dan menjawab bagi yang kurang jelas.
Rahsia kekuatan orang UMNO yang mempunyai masalah moral & jenayah ialah mereka mempunyai muka yang macam tembok (ala tembok sempadan Israel dan Gaza) dan kekuatan kuasa yang disalahguna.
Laporan mengenai ketidakupayaan Fairus sebagai timbalan ketua menteri dimulakan menerusi internet dan blog. Mula ia lebih merupakan cacatan peribadi dan laporan kurang bertanggungjawab tetapi dari hari ke hari ia merebak menjadi luas dan dipercayai.
Ada blog-blog tertentu yang berpangkalan di utara tidak habis-habis melaporkan mengenai keburukan dan kerenah Fairus. Hasil sebaran secara konsisten itu akhirnya mempengaruhi orang ramai yang akhirnya memaksa Firaus meletakkan jawatan hari ini.
Perletakan jawatannya dipetik berkuat kuasa pada 8 April nanti.

No comments: