Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 23, 2009

SELANGOR PR : BANTUAN 40K MANTAP MODAL INSAN

“Ini adalah peruntukkan lain untuk pembangunan kecemerlangan anak Selangor dalam pembelajaran tidak mengira perbezaan kaum, agama dan budaya sekali gus mengurangkan bebanan keluarga berkenaan.” tegas YAB MB Selangor. MAIS juga telah menyusun program bantuan pendidikan di semua peringkat dalam negeri Selangor.
Tuisyen Rakyat bagi pelajar kurang mampu yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperuntukkan sebanyak RM40k bagi setiap DUN di Selangor.

RM40,000: Mantap modal insan setiap DUN

Sejumlah RM40,000 diperuntukkan kerajaan negeri untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, bagi membantu menjana kecemerlangan pelajar kurang berkemampuan untuk menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, RM40,000 yang diperuntukkan daripada dana RM3 juta melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan itu bertujuan untuk menyara perbelanjaan kelas tambahan kepada semua pelajar yang tergolong keluarga miskin.

Menurutnya, jika peruntukan yang disalurkan dapat diuruskan dengan baik, tidak mustahil dapat membantu hampir 200 pelajar di negeri untuk mendapatkan kemudahan kelas tambahan untuk subjek dalam peperiksaan secara percuma.

“Ini adalah peruntukkan lain untuk pembangunan kecemerlangan anak Selangor dalam pembelajaran tidak mengira perbezaan kaum, agama dan budaya sekali gus mengurangkan bebanan keluarga berkenaan.

“DUN Ijok kini sudah memulakan pelbagai program melalui peruntukan yang disalurkan dan diharapkan semua DUN akan melaksanakannya pada April ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Stadium Tertutup Daerah Kuala Selangor semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Asnaf Fakir Miskin Fasa II Lembaga Zakat Selangor (Mais) kepada 415 penerima sempena Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Negeri Selangor.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali; Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir Makhtar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan ADUN Bukit Malawati, Ir Muthiah Maria Pillay.

Bantuan yang diberikan dalam majlis berkenaan adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM200 seorang termasuk pakaian sekolah manakala bantuan material seperti basikal turut disumbangkan kepada yang layak.

Dalam pada itu Sinar Harian difahamkan bahawa LZS (Mais) menyusun 35 program bantuan pendidikan di seluruh negeri bermula 4 Mac lalu sehingga 31 Mac ini di Masjid Al Amaniah, Batu Caves melibatkan 25,714 pelajar dari peringkat tadika sehingga sekolah menengah.

Sinar Harian

No comments: