Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 23, 2009

TEMUKAN TUN M, GAPENA dan GMP (SIARAN LANGSUNG) !



Sebelum Perhimpunan Agung UMNO berlangsung minggu hadapan molek sungguh diadakan Rancangan Hujah kelolaan NTV9 menjemput Tun Mahathir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)Datuk Dr Hassan Ahmad berhujah dihadapan rakyat tentang PPSMI. Seperti biasa moderatornya adalah Prof. Dr Agus daripada UKM.

Sebelum para perwakilan-perwakilan berhujah di Perhimpunan Agung nanti ada baiknya pandangan daripada Tun Mahahtir yang bertanggung jawab dengan dasar PPSMI ini diberi peluang untuk memberi buah fikiran setelah 6 tahun perlaksanaannya. Saya rasa Prof Dr Agus berupaya mencungkil sejarah, latarbelakang serta kepentingan dan keperluan Tun tentang idea PPSMI ini.

Kita juga ingin melihat hujah-hujah daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)Datuk Dr Hassan Ahmad yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kalau boleh jemput sekali wakil daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang konsisten menentang PPSMI sejak PAU 2004. Ada lebih molek dijemput juga Tun Abdul Rahman Yaakob Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Ketua Menteri Sarawak yang sering mengatakan PPSMI ini adalah langkah mengundur ke belakang bukannya melangkah ke hadapan.

Akhir sekali jemput juga,Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng yang mungkin sesuai mewakili guru-guru PPSMI. NUTP mungkin sudah cukup maklumat berdasarkan sokongan dan bantahan daripada guru-guru khususnya guru-guru Sains dan Matematik.

Rasanya, kesemua mereka ini tidak pernah membuat bantahan secara terbuka di hadapan Tun Mahathir. Kemungkinan pada masa itu, ramai yang takut bersuara kerana ketegasan Tun melaksanakannya. Sekarang Tun bukan lagi Perdana Menteri dan tidak mempunyai kuasa lagi. Saya rasa perbincangan ini tidak memberi tekanan kepada para penentang PPSMI.

No comments: