Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 23, 2009

Bangunlah Wahai pejuang Pakatan Rakyat yang di Bkt Selambau dan yang akan datang Membantu ! Berjuanglah Menegakkan Kebenaran !

Memang sepatutnya Orang Islam wajib memilih pemimpin dari kalangan orang Islam. Islam di sini tidak bermakna Melayu. Dalam kontek Malaysia kita dalam Pakatan Rakyat harus membantu memberi kemenangan kepada calon PR walaupun beliau bukan beragama Islam.Yang penting di sini ialah calon adalah dari ahli Pakatan Rakyat yang ingin bersama menegakkan kebenaran yang berlandaskan Al-Quran dan tidak memusuhi Islam dan perjuangan PAS.Ramai saudara seIslam kita yang mendapat nur Islam bukan secara warisan menjadi orang hebat dari segi ketakwaan kepada Allah malahan ada yang berkewibawaan sebagai pemimpin. Jangan memberi alasan kita ketandusan ataupun tiada kriteria calon yang sesuai untuk menjadi pendekar yang akan berjuang demi menegakkan syiar Islam di bumi Bukit Selambau.

Ummat Islam tidak boleh mengangkat seorang pemimpin hanya karena kedekatan
hubungannya, meskipun ia seorang yang beragama Islam apatah lagi yang bukan Islam. Bertolak ansur dan tersepit dengan keadaan kerana dalam satu pakatan bukan satu alasan bila tiba saat memilih pemimpin, apatah lagi di kawasan majoritinya orang Islam. Allah memberikan peringatan kepada kita:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan bapak-bapakmu dan

saudara-saudaramu sebagai pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih

mengutamakan kekufuran daripada keimanan. Dan barangsiapa di antara kalian

yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka mereka itulah orang-orang yang

zalim." (QS at-Taubah: 23)

No comments: