Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, March 29, 2009

TEKTIK ALA UNDI POS KJ CHECKMATE MUKHRIZ

Inilah yang dikatakan Mahathir bahawa "Melayu Mudah Lupa" sebenarnya. Dia lupa bahawa inilah cara pengiraan undi yang memenangkannya ketika pemilihan UMNO tahun 1988 dulu. Ketika itu Ku Li telah menang dalam kiraan undi yang pertama, tiba-tiba lampu di PWTC terpadam dan setelah dibuat kiraan semula akhirnya Mahathir menang tipis hingga mengheret kepada pengharaman parti itu. Bukankah Mahathir yang mendidik ahli-ahli UMNO supaya melakukan perbuatan seperti itu, dan kini bila terkena atas batang hidung sendiri mulalah beliau meracau. Apa yang dilakukan dulu, kini terpalit pula kepada anaknya sendiri].
Selain laporan rasuah "Carpet Bombing" RM10 ribu seperti yang dilaporka sebelum ini. Kini terdapat satu lagi maklumat yang mengatakan Mukhriz tewas setelah pengiraan undi dilakukan sebanyak enam kali. Khabarnya kiraan kali pertama sehingga kelima memihak kepada Mukhriz dan kiraan kali keenam barulah memihak kepada Khairy Jamaluddin. Sama ada laporan ini sahih atau sebagainya, kita sama-sama nantikan laporan polis yang kononnya akan dibuat oleh Pemuda UMNO Perak berhubung dakwaan rasuah yang membawa kemenangan Khairy itu.

No comments: