Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Sunday, March 29, 2009
NAJIB MUNGKIN DAPAT JAWATAN PM APRIL FOOL !
Cakap-cakap yang di dengar daripada blogger-blogger Pakatan Rakyat mengatakan Pak Lah tak mahu letak jawatan.
Teori ini diperkuatkan lagi dengan pertemuan Pak Lah dan Anwar secara tidak sengaja dalam satu majlis di Hulu Langat tempohari. Katanya ada perbincangan di situ menjurus kepada hal ini.
Pelbagai teori diutarakan. Ada yang kata Pak Lah tak suka Najib menjadi Perdana Menteri dan pelbagai teori lain yang kadang-kadang susah untuk kita terima. Tapi tak dinafikan agak logik.
Itu dari segi logik saja.
Soalnya adakah Pak Lah tak mahu letak jawatan?
Teori seperti ini terus dicanang selama setahun dan akhirnya kebetulan atau sebaliknya akhirnya Tun meletak jawatan dan peralihan kuasa berlaku.
Kita tunggu dan lihat teori mana mungkin akan 'dibakulsampahkan' atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment