
Teman tabik 2 tangan kepada AMK (Angkatan Muda keadilan) kerana mendedahkan kes melibatkan rasuah ahli Parti Keadilan sendiri tanpa memberi kelebihan menyorokkan keburukan yang berlaku atau beri peluang seperti kes Ali Rustam dan Ketua Pemuda UMNO yang disahkan rasuah yang bakal jadi menteri.Harapan rakyat tindakan ini akan dicontohi oleh semua komponen Pakatan Rakyat.
Ini ekoran kes Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan kerana beliau didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berkesan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang selain daripada seorang pemimpin pemuda AMK membuat laporan salahlaku TKM Pulau Pinang itu kepada SPRM berkaitan isu sebuah 'kuari'. Perletakan jawatan Mohamad Fairus dilihat para pemerhati politik sebagai wajar dan bertanggungjawab walaupun belum terbukti kesalahannya. Pengunduran beberapa pemimpin ahli PKR yang memegang jawatan penting sebagai wakil rakyat 'terpilih' dianggap lebih bermoral jika dilihat dari sudut positif, kerana mereka lebih berani menggambil tanggungjawab demi kepentingan kerajaan negeri dan masyarakat jika dibandingkan pemimpin BN khususnya UMNO di mana kesalahan yang dilakukan pemimpin mereka dibuktikan sendiri oleh jawatankuasa khas mereka namun dengan bangganya masih mempertahankan jawatannya di sini. Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment