Pada hemat teman Khairy Jamaludin memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno yang baru kerana Lembaga Disiplin Umno telah membenarkannya (Atas arahan siapa lagi?)bertanding walaupun didapati bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli UMNO yang melibatkan politik wang.
Sudah tentu, mereka yang mendapat habuan daripada Khairy akan mengundinya ; lagi pula Lembaga Disiplin Umno seolah-olah merestui gejala politik wang terus berlaku.
Lantaran itu, kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru, nyata mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Mukhriz.
Mereka menggelarkannya ‘Khairy Rasuah’.Itulah gelaran yang diberikan kepada Ketua Pemuda yang baru dilantik dengan gelaran yang baru pula.
WALAUPUN penyokong ahli Parlimen Jerlun membantah secara tunjuk perasaan namun mereka perlu faham bahawa KJ perlu dimenangkan, kalau Najib tak beri laluan maka siapa mahu beri jaminan Pak Lah akan beri laluan peralihan pada Najib? Dalam pada itu penyokong Mukhriz yang berada di luar dewan berkumpul dan bersorak menyatakan perasaan bantahan mereka.
Antara sorakan yang jelas kedengaran ialah 'Khairy rasuah'. Sekumpulan anggota polis juga berkawal di sekitar kawasan ruang legar kaunter pendaftaran perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengawal sebarang kemungkinan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment