Anak-anak perlu diberikan pendidikan aqidah sebagai pendidikan awal. Hanya PASTI sahaja yang mampu memberikan pendidikan aqidah. Ini kerana, di dalam sukatan pelajaran PASTI terdapat unsur tarbiyyah imaniyyah berbentuk pendidikan aqidah yang merentasi kurikulum PASTI. Malah PASTI sendiri melaksanakan falsafah Pendidikan Islam yang digarapkan bersama Falsafah Pendidikan Negara. Demikian ucapan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin semasa merasmikan Hari Sukaneka PASTI Sg. Tinggi dan Permatang Raja pagi semalam.
Majlis jugaturut dihadiri oleh ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim pada penghujung majlis. Beliau sempat juga menyampaikan hadiah kepada pelajar dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Beliau juga menyatakan pendidikan aqidah amat penting kepada kanak-kanak kerana ia boleh dijadikan asas bagi anak-anak mengenal Allah sebelum mereka mengenal perkara-perkara lain.
"Biarlah mereka nampak bahawa segala yang berlaku di dalam hidup mereka semuanya berkaitan dengan kekuasaan Allah swt," kata beliau lagi.
Jelas beliau lagi, apabila anak-anak memahami perkara aqidah maka sudah pasti mereka tidak akan memandang setiap perkara itu dari sudut hawa nafsu semata-mata sebagaimana yang berlaku kepada segelintir masyarakat sekarang. Malah. apabila mereka menjadi ahli politik, biarlah mereka berminat kepada politik Islam, di mana mereka akan melihat politik sebagai satu ibadah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Pasti mereka akan menjauhi politik sekular yang secara jelas menafikan aspek aqidah Islamiyyah kerana memisahkan agama dengan politik yang ama bertentangan dengan konsep Islam yang syumul.
Akhir sekali beliau menyeru agar para ibu bapa dapat menggunakan hak mengundi pada PRK Bukit Gantang nanti dengan memilih calon yang menepati kehendak Islam itu sendiri.
No comments:
Post a Comment