
Seluruh dunia memerhati dan mengamati serta tertanya-tanya apa kes? Ada kes ke ? Yang pasti ada pembunuhan berlaku.Ada saksi dan maklumat terperinci,namun tiada kesudahan lagi.Beribu-ribu blog dan media telah membuat liputan sehinggakan blog BPN juga menyiarkan.
“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.
No comments:
Post a Comment