Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, March 29, 2009

SASTERAWAN NEGARA SELAR KDN GANTUNG PERMIT HARAKAH & SUARA KEADILAN



SASTERAWAN Negara, Dato' A. Samad Said menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai mencacatkan demokrasi.

Tegas beliau di saat tiga pilihan raya kecil akan diadakan tidak wajar bagi KDN untuk mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan, seolah-olah mahu menyekat maklumat tiba kepada pengundi. Ia dilakukan solah-olah dengan sengaja untuk menyekat sebarang maklumat sampai atau digunakan untuk kempen pilihan raya kecil khusuusnya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Harakah dan Suara Keadilan tegas Pak Samad merupakan saluran pengimbangan demokrasi dan amat malang bila KDN bertindak membunuh demokrasi tersebut.

"Jika tiada dua akhbar ini suara demokrasi tidak lagi dapat didengari dan ianya merugikan rakyat. Bila Harakah dan Suara Keadilan disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil," tegas Penasihat Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) itu.

Pak Samad yang kini berusia 76 tahun, seterusnya mengesa agar KDN segera membatalkan arahan yang dikeluarkan itu dan harus memastikan agar sisa-sisa demokrasi dalam negara ini tidak terus dikuncupkan.

Beliau mengesa agar rakyat terutama pengundi di ketiga-tiga kawasan yang bakal diadakan pilihan raya kecil melihat perkembangan ini dan menilainya sebaik mungkin dalam membuat pilihan mereka nanti.

No comments: