Usaha menteri dalam negeri melalui KDN untuk meraih undi didalam pertadingan merebut jawatan naib presiden umno disaat-saat akhir ternyata tidak mampu memenangkan beliau.
Beliau juga satu-satu menteri Dalam Negeri yang tidak dapat mengawal kebangkitan suara UMNO Bahagiannya yang menentangnya secara terbuka.
Tidakan mengejut yang beliau ambil dengan menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan sama sekali tidak mendapat tempat dihati perwakilan.
Sebelum ini mungkin beliau beranggapan kononya dengan berbuat demikian, perwakilan akan berpihak dan memberi undi kepada beliau
Beliau mengharapkan dengan menggantung permit kedua-dua akhbar milik pembangkang itu para perwakilan akan bersetuju dan menyokong dengan tindakan tersebut dan sekali gus akan mengundi beliau untuk jawatan Naib Presiden umno.
Namun nyata perancangan dan tindakan tersebut langsung tidak mendapat sokongan dihati perwakilan dan akhirnya beliau kecundang ditangan Ahmad Zahidi Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal.
Tidak tahu pula Datuk Syed Hamid Albar berada ditangga ke berapa.
Sebagai rekod sebelum ini, Datok Syed Hamid Albar juga pernah tewas ketika merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dizaman Tun Mahathir.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment