Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 20, 2009

PENGAKUAN AHLI BPN : UMNO PERLU BERSIH


Sekarang kedengaran desas desus yang meminta UMNO dibubar. Dan menyedihkan lagi ianya disuarakan oleh ahli UMNO yang kehilangan "ayam tambatan" mereka.

Sejak "hero" mereka tidak dibenarkan bertanding, ada diantara mereka yang mahu berpiket semasa perhimpunan UMNO minggu depan. Malah menuduh terdapat konspirasi untuk menjatuhkan "hero" mereka.

Walaubagaimanapun Najib sudah menegaskan bahawa tiada sesiapa yang menjadi kambing hitam. Sekiranya seseorang itu didapati bersalah, dia tetap bersalah. Tentang Khairy, aku sendiri tidak pasti mengapa beliau masih dibenarkan bertanding, walaupun terdapat beberapa kesalahan yang dilakukannya.

Adakah kerana dia menantu PakLah, maka dia hanya diberi warning?

Bertandinglah secara jujur. Jangan menggunakan wang untuk mendapatkan pengaruh. Pihak displin UMNO perlu lebih tegas dan telus didalam penyiasatan. Janganlah amalkan "pilih kasih". Kelak UMNO juga yang rugi.

No comments: