Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 20, 2009

AHLI BPN : BN BAKAL MENERIMA PADAH DI DUN SELAMBAU , ANGKARA LEMBAGA DISIPLIN UMNO

Aku ingin mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan soalan wartawan mengenai Ali Rustam yang dikatakan menjadi kambing hitam dalam Buletin Utama jam 8 malam tadi.

Menurut beliau, Umno ingin membersihkan gejala politik wang di dalam parti itu maka sewajarnya keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno harus dihormati. Tidak timbul persoalan samada Ali Rustam dijadikan kambing hitam mahupun tidak kerana ia hanyalah sebahagian daripada proses pembersihan tersebut.

Aku bersetuju dengan niat suci Umno untuk membersihkan gejala politik wang di dalam parti itu. Namun yang menjadi persoalan ramai terutama di kalangan ahli Umno dan mereka yang berada di luar Umno bukanlah soal Ali Rustam dijadikan kambing hitam ataupun kewibawaan Lembaga disiplin Umno di dalam menjatuhkan hukuman, tetapi ialah ketidakadilan berdasarkan hukuman berbeza yang dijatuhkan kepada Ali Rustam dan KJ.

Analogi yang ingin aku berikan ialah; mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, hanya ada satu sahaja hukuman iaitu hukuman mati. Tidak kiralah jika seseorang itu membawa 1000 gram dadah mahupun 1800 gram dadah, hukumannya tetap sama iaitu hukuman mati mandatori.

Perlu diingatkan bahawa ahli-ahli Umno hanyalah seramai 3-4 juta orang sahaja sedangkan berjuta-juta lagi pengundi adalah di kalangan mereka yang berada di atas pagar. Seandainya Datuk Seri Najib tetap ingin mempertahankan keputusan yang jelas tidak adil terhadap kes Ali Rustam dan KJ semata-mata kerana KJ itu menantu PM, maka tidak mustahil kedudukan BN di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan datang (Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai) bakal terancam.

Mungkin ramai di kalangan ahli-ahli Umno berharap bahawa proses pembersihan Umno dari gejala politik wang seharusnya lebih telus dan adil kepada semua tidak kira siapa. Memang benar kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak, namun seharusnya kita memberikan yang terbaik dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Lu fikirlah sendiri.
Posted by Puaka Desa at 9:25 PM
Labels: Pekembar
3 comments:
melayuangkat said...
Salam,

Memang segalanya serba salah.

Semoga Allah swt SELAMATkan kita semua.

March 19, 2009 10:05 PM
Jarodah said...
Salam.
Dunia kita penoh dengan pancaroba. Apa-apa pun boleh terjadi, yang nampak hitam tapi putih, nampak putih tapi hitam.... Lembaga disiplin pun orang pertikai, apa lagi yang tinggal pada umno.
Pandangan saya dun Bukit Selambau tu senang saja di kuntau oleh PR walaupun tanpa isu lembaga disiplin. Apa yang sangat saya risaukan ialah penolakkan secara total oleh rakyat pada bn.. bn kena fikir baik baik, kalau dah kena kencing manis, potong kaki adalah satu pilehan yang bijak dan tepat bagi menyelamatkan nyawa hahahaaa..

Sementara itu pemimpin umno dari sekarang bolehlah menyediakan alasan untuk menjufikasikan penolakkan rakyat di dun Bukit Selambau nanti...

March 19, 2009 10:49 PM
nur mohd nidzam said...
Ali rustam didapati bersalah, KJ juga sama, walaupun hukum berbeza namun satu tanda tanya adakah dua2 ini bersalah atas tuduhan rasuah, kalau ya kenapa tiada tindakan sprm,? kenapa Ali masih lagi MB, ini bukti yang sprm untuk show sahaja dan juga bukti yang kanser rasuah sudah merebak ke seluruh pelusuk badan umno, badan umno sudah nazak kalau dibuang satu anggota disebabkan kznser ini maka seluruh badan akan berkecai. Umno suah tidak mampu lagi melawan kanser rasuah ini.

No comments: