Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 5, 2008

TALI PINGGANG KALEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG KERETA BELUM RELEVAN DIWAJIBKAN

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Cuepacs meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang berikutan penguatkuasaan dasar itu akan menyusahkan golongan berpendapatan rendah. Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, berkata pelaksanaan dasar itu sehingga menyebabkan muatan kereta penumpang perlu dihadkan kepada lima orang, bukan saja tidak adil malah membebankan kebanyakan rakyat negara ini. Beliau berkata, kerajaan seharusnya melakukan kajian menyeluruh termasuk membabitkan aspek sosial rakyat sebelum apa-apa dasar berkaitan kepentingan mereka dilaksanakan.
“Rakyat negara ini terpaksa bersesak dalam satu kenderaan bukanlah disebabkan mereka suka dengan keadaan itu tetapi disebabkan kemampuan terhad untuk membeli kenderaan lebih besar di samping tahap pengangkutan awam negara ini yang masih tidak memuaskan, menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain,” katanya. Semalam Berita Harian melaporkan kerajaan akan mengehadkan jumlah muatan kereta penumpang kepada maksimum lima orang termasuk pemandu mulai 1 Januari depan berikutan pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh dilaporkan berkata, penguatkuasaan dasar satu kereta untuk lima orang itu dibuat dengan alasan hanya tiga tali pinggang keledar dipasang bagi penumpang belakang sesebuah kereta. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman ketika dihubungi berkata, langkah kerajaan mahu mengehadkan jumlah muatan kereta penumpang akan menyebabkan golongan pendapatan rendah hidup lebih tertekan. “Kerajaan seharusnya memberi taklimat kepada persatuan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyatakan kewajaran polisi berkenaan sebelum melaksanakannya supaya kami dapat menjelaskan kepada ahli alasan polisi itu perlu dilaksanakan,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

kalau anak empat macamana nak kenakan talipinggang keleder belakang, sepatutnya pihak yang nak buat undang-undang tu buat kajian mendalam, sepatutnya yang nak diperbetulkan orang yang memandu tu (sikap pemandu) bagaimana nak tangani atau memberi kesedaran pada pemandu,