KUALA LUMPUR - Umat Islam diminta berhati-hati ketika makan di hotel di negara ini, kerana kini hanya terdapat 18 daripada 2,360 buah yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sebanyak 31 buah lagi sedang dalam proses untuk kelulusan, empat permohonan baru, 64 dalam proses melengkapkan borang dan tiga telah tamat tempoh dan sedang memperbaharui sijil halal.
Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk hotel yang mendapat sijil halal daripada majlis dan jabatan agama Islam negeri,'' katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment