Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 2, 2008

Orang UMNO Tak Boleh Bergaul Dengan Orang Melayu Pembangkang???

Nasib Zaid Ibrahim Dalam UMNO Akan Diputuskan Esok !! Kesalahan menghadiri jemputan Kongres PKR.
KUALA LUMPUR: TPM Datuk Seri Najib Razak menyerahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk memutuskan tindakan ke atas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zaid Ibrahim berikutan kehadirannya pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin. "Saya tiada apa-apa komen tentang perkara itu. Itu keputusan MT," kata Timbalan Presiden Umno itu selepas mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di Parlimen, di sini, hari ini. Kehadiran Zaid telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ahli Umno kerana dikatakan menunjukkan beliau tidak setia kepada parti. Bagaimanapun, Zaid dalam laporan sebuah laman web mempertahankan kehadirannya di kongres itu dan mendakwa beliau masih merupakan anggota Umno dan tidak melihat pembangkang sebagai musuh. Zaid juga berkata, kehadirannya di kongres berkenaan menunjukkan beliau masih berminat dalam politik dan tidak menjangkakan akan dipecat daripada Umno. Semalam, Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin meminta Zaid memberi penjelasan berhubung kehadirannya pada majlis parti pembangkang itu. Zaid sebelum ini pernah diberikan surat tunjuk atas tindakan beliau menulis surat terbuka kepada PM dan mengadakan pertemuan dengan pembangkang berhubung syor Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi minggu lalu berkata, Zaid telah menjawab surat tunjuk sebab tersebut dan keputusan mengenai tindakan ke atas beliau akan diputuskan dalam mesyuarat MT esok.

KOMEN: UMNO memang pelik kata nak jaga hati orang Melayu dan maruah Melayu.Tapi ahli-ahli UMNO akar umbi pun serba salah untuk meziarahi atau menghadiri apa jua majllis anjuran ahli Pakatan Rakyat hatta kenduri kahwin sekali pun?. Mereka risau jika dikenakan tindakan displin. Begitu juga akan berlaku pada Zaid Ibrahim, beliau yang diundang sebagai tetamu kehormat ke Kongres Nasional PKR itu bakal dikenakan tindakan . Walhal beliau cuma menyokong agar ISA dihapuskan, sama seperti lain-lain pemimpin Gerakan, PPP, MCA dan lain-lain komponen BN. Jika beginilah senarionya, maka kita pasti ramai ahli UMNO yang akan dikenakan tindakan oleh hanya kerana mereka hadir dalam majlis Pakatan Rakyat agaknya.

1 comment:

Ajeem said...

kesian sungguh pemimpin UMNO zaman sekarang...begitu sempit sekali pemikiran politik mereka.inilah buktinya mereka memang sekular walaupun selalu melaungkan membela agama,bangsa dan negara..adakah UMNO yang ahli-ahlinya ornag melayu dan Islam telah lupa bahawa sebagai sesama insan kita mempunyai hak untuk 'melawat' antara satu sama lain tanpa mengira keadaan?

bagaimana membela dan mengintegrasikan rakyat jika pemimpin sendiri tidak berbuat demikian?memang bodoh lagi sekiranya parti ini diberi peluang untuk memerintah.salam perpaduan.