Dato’ Yusof Haslam, pemilik Skop Production penerbit drama kepolisan Gerak Khas mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak Norman mulai pertengahan Disember ini . Walau pun Yusof tidak menyatakan sebabnya tetapi dipercayai berpunca daripada kes yang sedang dihadapi oleh pelakon kacak itu. Sementara Abby pula akan kembali bersama drama bersiri berkenaan.
Mahkamah belum memutuskan Norman bersalah atau tidak. Namun begitu ketegasan Yusof diharap memberi peringatan kepada artis lain bahawa rupa, bakat atau apa sahaja yang mereka ada tidak boleh ditukar dengan moral. Dunia itu rosak dengan segelintir mereka yang meminggirkan perkara ini. Samada Norman atau sesiapa sahaja, mereka patut diberi pengajaran.
Kita sudah lemas mendengar riuh-rendah dunia artis dengan isu skandal dan akhlak. Kita memerlukan lebih ramai pengarah seperti Yusof. Tentu kita memerlukan juga lebih ramai artis bersih seperti Dato’ Siti, Dato’ Sheila Majid, Ust Akil Hayy, Wahida, Aishah, Ramli Sarip, M Nasir, Zainal Abidin dan ramai lagi. Dunia artis barat bukan model kita. Dunia mereka amat asing bagi kita. Artis veteran kita seperti Dato’ Sarimah, Dato’ SM Salim, Rahimah Rahim, Norkumalasari sewajarnya dijadikan contoh oleh aktivis dunia seni ini.
Saya pernah menonton filem Iran, Children Of Heaven arahan Majid Majidi. Artis lelaki dan wanita dalam filem itu boleh berlakon sebagai suami isteri dan penonton boleh memahami mereka adalah suami siteri tanpa perlu ada adegan ranjang antara mereka berdua. Gambaran pergaulan dalam keluarga dalam keadaan isteri menutup aurat juga tidak menjejaskan langsung filem itu. Sebahagian pengarah filem kita pula seperti kering kreativiti apabila dalam filem mereka suami isteri memerlukan adegan ranjang untuk menggambarkan samada kehidupan bahagia pasangan itu atau sebaliknya.
Kita sangat senang hati jika dunia seni hiburan di negara kita dibarisi pengarah dan artis bermoral. Mereka bukan sekadar diminati dan dihormati, dalam masa yang sama mereka menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih sihat jiwa dan bermoral terutama kepada generasi muda.
Kita berbulu biji mata dengan artis yang berpakaian seperti Tarzan di hutan. Berambut panjang tidak terurus seperti singa di zoo. Melolong-melalak, menggerudi, menayang-nayang nangka dan cempedak, dan …, semuanya itu menjadikan dunia seni kita dipandang serong oleh mereka yang mendaulatkan akhlak dalam kehidupan.
Kepada Dato’ Yusof, walau pun saya akan menukar ke saluran lain kalau ada siri drama Gerak Khas, tetapi itu bukan bermakna saya tidak perlu memberikan kredit dengan tindakan bagus ini. Sekalung tahniah buat Dato’.
Komen : Banding dengan kes Timbalan Presiden MCA, walaupun mengaku salah carilah orang alain yang tiada kes kan Ong Tee Kiat bermasalah. UMNO pun sama , pembaca carilah sendiri org yang ada kes masih jadi pilihan utama untuk dijadikan pemerintah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment