Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, December 14, 2008

NAJIB DAH MULA KEMPEN RM UNTUK KUALA TERENGGANU


laporan akhbar Berita Harian muka depan hari ini, nampak sangat kerajaan BN sudah mula bimbang dan takut dengan angin perubahan ala sunami suara rakyat. Senangnya wang ehsan dan digantikan balik dengan wang royalti, maka isu ini pasti akan menjadi lebih panas. Nampak pelik , tiba-tiba Najib melakukannya keajaiban memulangkan royalti walhal sebelum ini sudah puas MB Trengganu merayu dan terus merayu tapi tidak dilayan. Rupanya Gula-gula pilihanraya buat rakyat Trengganu. Terbukti mereka takut dengan kekalahan Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu Januari 2009 nanti. Apapun, rakyat Trengganu terutamanya yang berada dalam parlimen Kuala Trengganu harus bijak melihat sesuatu isu sekarang. Perubahan yang berlaku ini, menjelaskan kepada kita bahawa rakyat diperbodohkan sedemikian rupa. Mereka menyekat royalti tatkala PAS memerintah Trengganu. Selepas Idris Jusoh berjaya merampas kembali Trengganu, mereka takut untuk menukarkan kembali waktu itu. Namun kini, mereka terpaksa lakukan demi membeli undi rakyat di Kuala Trengganu. Inilah cara kerja pok-pok AMENO sejak dulu, kini dan selamanya di Malaysia ini.Tentu Kuala Terengganu akan bermandikan wang atau RM , bersedialah rakyat Terengganu di KT.Takbir , Allahuakbar.

No comments: