

Matlamat asal Felda hendak menolong peneroka, kini berubah menjadi seperti laksana Along pula, kata Mazlan didalam buku terbarunya bertajuk Felda … Dulu Tolong sekarang Along !.
Buku setelah 98 muka surat itu mengandungi 18 bab dengan tajuk seperti berikut; sejarah penubuhan Felda, Felda Hari ini, Akta penempatan beramai-ramai 1960 dan implikasinya kepada peneroka, Jadual tetap pembayaran kembali rancangan kelapa sawit, Layanan Felda terhadap peneroka, potongan yang dikenakan oleh Felda, perbezaan harga sawit dan getah Felda dengan swasta.
Bab lain bertajuk, Mengapa peneroka enggan menyerahkan kerja tanaman semula kepada Felda, Tanaman semula secara persendirian, Pinjaman sara hidup, Pinjaman perumahan, Felda Plantatitons ; kini dan masa depan, Peranan badan-badan Felda perlu dikaji semula.
Bab seterusnya, Siapa terhutang budi, peneroka atau Felda?, Generasi baru (kedua) Felda yang diabaikan, masalah sosial di tanah rancangan Felda. Persatuan anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan bab terakhir Impian dan Harapan peneroka.Sila klik Tajuk untuk sinopsis lanjut.
No comments:
Post a Comment