Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, November 14, 2008
Selangor Terajui Pasaran Hartatanah Negara
PETALING JAYA, 13 Nov (Bernama) -- Selangor terus menguasai pasaran hartanah negara, menguasai 25 peratus daripada transaksi negara pada separuh pertama tahun ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah menjadi kawasan pembangunan hartanah utama di dalam negara dan negeri itu kini hanya mempunyai 37.93 peratus daripada keluasan tanah, di mana semuanya telah diwartakan.
"Di Selangor, segmen kediaman sememangnya sentiasa menjadi teras kepada pasaran hartanah, terdiri daripada 79.5 peratus daripada aktiviti pasaran dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini," kata beliau di Persidangan Hartanah dan Kediaman Negara 2008 di sini hari ini.
Dari segi aktiviti pasaran, Majlis Perbandaran Shah Alam, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, mencatatkan sebahagian besar transaksi, diikuti dengan Majlis Perbandaran Kelana Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang.
Abdul Khalid berkata segmen kediaman pada masa ini dikuasai oleh pasaran sekunder berbanding pasaran utama.
Dalam pasaran utama, maklum balas pasaran kepada pelancaran baru tidak begitu menggalakkan walaupun hanya bilangan kecil unit dilancarkan dengan rumah baru dalam pembinaan susut 12.4 peratus.
Prestasi jualan unit pelancaran baru juga mencatatkan kemerosotan sebanyak 12 peratus pada separuh pertama tahun ini.
Unit siap tidak terjual telah berkurangan sebanyak 20 peratus, sekali gus menunjukkan para pembeli lebih berminat untuk membeli unit siap atau konsep "bina dan jual".
Abdul Khalid juga berkata yang hartanah bertanah masih menguasai pasaran dengan 55 peratus penguasaan pasaran dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Dari segi harga, rumah bernilai antara RM150,000 dan RM200,000 mewakili 15.8 peratus penguasaan pasaran, diikuti dengan rumah berharga dari RM250,001 hingga RM500,000 pada 21.8 peratus dan dari RM200,001 hingga RM250,000 pada 11.2 peratus.
Secara keseluruhan, pasaran hartanah negara menunjukkan peningkatan 34.7 peratus dari segi jumlah dan 38.9 peratus dalam nilai semasa separuh pertama tahun ini.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment