Friday, November 14, 2008 -KOMEN 1.TAK CURI 1 SEN ATAU TAK MAIN 1 SEN???
komen 2: tak buat projek megapun org boleh jual nasi lemak.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, projek mega yang disyorkan (semasa beliau menjadi Perdana Menteri) dahulu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memikirkan sama ada untuk meneruskan projek berkenaan atau tidak setelah mengambil alih tampuk kepemimpinan negara nanti.
Beliau berkata demikian selapas ditanya sama ada Najib perlu meneruskan projek mega selepas menjadi Perdana Menteri setelah mengikut pelan peralihan kuasa.
"Dia boleh kaji sama ada lebih baik untuk menghentikan atau pun meneruskan.
"Kita buat selama beberapa tahun, nampak tiada rugi apa pun," katanya selepas menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur International Trade Forum 2008 di sini.
Beliau berkata kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk melaksanakan projek mega bagi pembangunan negara.
"Kalau tidak ada duit, saya tak percayalah. Masa saya berhenti dulu, saya pastikan kerajaan ada cukup duit. Saya tak curi satu sen pun," katanya.
Mahathir menjelaskan bahawa pemberhentian projek mega akan memperlahankan ekonomi.
Katanya, setiap kali kerajaan belanja wang untuk projek mega, ramai yang akan mendapat keuntungan seperti kontraktor, sub-kontraktor, pembekal dan juga pekerja.
"Orang jual nasi lemak pun dapat duit. Bila berhenti yang ni, semua orang ni pun berhenti. Jadi cara itu bukan cara yang bijaklah," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment