Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 24, 2008

SAR dibantu Kerajaan Kedah

Peruntukan Kewangan Legakan HESA
GUAR CHEMPEDAK: Unit Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA) yang menaungi 21 Sekolah Agama Rakyat di negeri ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kelulusan peruntukan berjumlah RM600,000 kepada SAR di bawah unit ini.

Dalam kenyataan kepada Harakah baru-baru ini, HESA menyifatkan peruntukan dalam bentuk 'Pembiayaan Projek Kecil' itu sebagai sangat bermakna dan berharga sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri Kedah telah berjaya mengotakan janjinya dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Dengan peruntukan itu juga bermakna seramai 477 kakitangan dan 4,565 pelajar turut mendapat manfaat. Pada masa ini, HESA terdiri daripada sembilan Sekolah Rendah Islam (SRI), tujuh Sekolah Menengah Islam (SMI), tiga SAR yang mempunyai SRI dan SMI, dua Pusat Tahfiz masing-masing peringkat rendah dan Diploma.

"Syabas dan tahniah! Semoga Sekolah Agama Rakyat akan sentiasa terbela dan membangun pesat di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak," demikian menurut kenyataan itu.

Pada PRU lalu, antara manifesto PAS Kedah ialah untuk memberikan bantuan khas kepada Sekolah Agama Rakyat bagi menjamin kelangsungan dan kemajuan institusi pendidikan tersebut.

No comments: