Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah dijadikan mangsa terbaru UMNO/BN di dalam isu perternakan babi. Ini kerana Kerajaan NEgeri Kedah bercadang untuk menstruktur semula ternakan babi di Kedah dengan membina sebuah pusat perternakan tertutup di Bukit Selambau. Pusat tersebut adalah lebih bersih dan lebih terjaga berbanding dengan kaedah perternakan sekarang yang jelas hasil dari polisi UMNO/BN.
Yang hairannya, UMNO tak pula bising dengan perternakan babi di Negeri Sembilan yang jelas dilakukan atas dasar ekspot dan komersil.
Sekurang-kurangnya di Kedah dan Selangor, ia bertujuan untuk memenuhi keperluan domestik negeri masing-masing dan bukannya untuk tujuan meningkkatkan kadar eksport negeri, seperti di Negeri Sembilan Darul Khinzir.
Malahan, adakah kita sudah lupa bahawa Negeri Sembilan telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila Negeri Sembilan telah mencipta satu “virus strain” baru yang dinamakan virus Nipah. Virus Nipah ini adalah adik beradik kepada virus yang mengakibatkan wabak “Spanish Flu” yang melanda Amerika Syarikat satu masa dahulu.
Tapi, UMNO dengan muka tidak malu sibuk mempolitikkan isu babi ini di media2 yang mereka kawal dalam Negara kita ini. Mengapa media yang dilacurkan UMNO ini tidak menyatakan fakta2 seperti berikut:
a. Bahawa selepas penstrukturan semula perternakan babi di Selangor, keluasan tanah yang melibatkan perternakan babi ini akan berkurang dari 5000 hektar kepada hanya 400 hektar?
b. Segala pencemaran alam sekitar dari penternakan babi yang kita lihat sekarang adalah hasil dari polisi UMNO dan Barisan Nasional
c. Projek penstrukturan penternakan babi ini adalah projek yang diilhamkan oleh UMNO. Kalau tak percaya tanyalah Dr Karim Mansor
d. Negeri yang paling besar mengekspot babi di Malaysia adalah negeri yang UMNO perintah
e. Binatang babi adalah lagi mulia dari manusia yang menyeleweng duit rakyat untuk kepentingan pribadi mereka
f. Islam tidak pernah mengharamkan orang bukan Islam membela babi. Sepanjang 1400 pemerintahan Islam kita lihat orang2 Kristian di negara2 Islam seperti Syria, Mesir, Sepanyol masih terus memakan daging babi dan membela babi.
g. Usaha Kerajaan Kedah dan Selangor adalah mulia dan patut disokong
h. UMNO Selangor dahulu memprotes penternakan babi kerana peluang mereka hendak mendapat “persen” terbantut . Bukan sebab diorang tu sensitif sangat pasal babi ni.
Sebenarnya, kita manusia tak payahlah berperangai seperti binatang dalam menangani isu babi ni.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment