Thursday, October 15, 2015

KENAIKAN TOL 15/10/2015 MENJELIKKAN !

Astaghfirullah ,mengucap panjang rakyat Malaysia yang perihatin terutama yang marhein dengan konsep dan pengertian HIJRAH KERAJAAN BN yang dipimpin oleh pemimpin yang Islam dengan Menteri kewangan yang Islam dan sudah tentu Menteri Agamanya juga Islam.
Apataknya rakyat terkujat malah rakyat yang ahli dan pemimpin bawahan UMNO juga terkejut dan tergeliat dengan kenaikan harga TOL, harga pengangkutan LRT sempena menyambut awal Tahun Hijrah 1437 kali ini.
Ini bukan hijrah kepada lebih baik tapi hijrah naik! Kenaikan ini nampak ganjil,janggal dan pelik serta jelik di kala cukai GST(Dianggarkan tidak kurang RM15 bilion dikutip sebulan) telah dikenakan disemua peringkat rakyat samada yang masih bayi, yang tak bekerja ,yg pencen yag bersekolah apatahlagi yang bekerja.
Kita harap tiada lagi manusia atau parti atau pemimpin parti yang menyokong DS Najib dengan tindakan yang zalim ini.

2 comments:

  1. PM adakah kamu sedar yang hari ini semua rakyat jelata sedang mendo'akan kejatuhan kamu diatas ketidak perihatinan kepimpinan yang merosakan negara,kemanakah wang hasil negara kamu belanjakan jika hendak dinilai perbelanjaan sebenar negara dengan pendapatan hasil bumi negara dan cukai-cukai yang dipungut keatas titik peluh dan penat jerih kerja buat rakyat jelata negara ini,dibumi malaysia ini apa hasil bumi yang tiada segala-galanya Allah murahkan baik didarat atau dilaut tiada satu pun yang kurang jika hendak disarakan kepada rakyat malaysia seramai hampir 30 juta orang ,dimata rakyat kamu sebagai PM yang paling pemboros suami isteri sama pemboros wang negara.Insaflah sebelum kami terjerumus kejurang yang lebih parah.

    ReplyDelete
  2. Kamu tahu pun kenapa orang ramai marah kat PM dan BN.. tapi Presiden dan Mursidul AM kamu.. berpendirian sebaliknya.. tutup mulut tentang kes-kes begini bahkan menyokong pun ada.. patut kena tuju kat diaorang jugak.. insaflahhh.. ikutlah pendekatan politik Parti Islam di (Tunisia rasanya..) menang dgn majoriti 40% untuk memerintah.. tapi rela bergabung dngn parti kafir untuk membemtuk kerajaan campuran.. biarpun tidak boleh laksana hudud.. tetapi keperluan untuk mengharmonikan negara adalah lebih utama pada masa ini.. dakwah.. tarbiah.. sehingga orang kafir faham apa itu Islam.. maka insyaAllah hudud boleh dilaksanakan dengan terbaik.. tapi kalu belum buat hudud dah tunjuk keras dan besar kepala.. hentam kromo.. buruk sangattt.. astafirullah..

    ReplyDelete

Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...