Thursday, August 13, 2015

ADIK DS NAJIB PUN RISAU BILA NILAI RM JATUH

Ahli Keluarga Menentang Najib Secara Halus?.. Ini Buktinya? Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak hari ini tampil antara individu yang bimbang terhadap penyusutan nilai ringgit yang mencecah RM4 berbanding 1 dolar Amerika ketika ini.

Adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu melalui laman perkongsian gambar Instagram, memuat naik gambar bertajuk "FBM KLCI approaches 1,600 level, ringgit breaches 4 vs USD." (FBM KLCI mencecah paras 1,600, ringgit melepasi 4 berbanding AS$).

"Ini masa yang genting untuk diganggu dengan politik dan terlalu banyak liputan media negatif. Pasukan kewangan kita yang terbaik, paling berkredibiliti dan berpengalaman berdepan krisis perlu diletak di hadapan pasaran segera," katanya.

Ringgit merupakan mata wang Asia dengan prestasi terburuk sejak tahun lalu dan ia mencecah paras RM4 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...