Tuesday, March 10, 2015

PAK ALI PEJUANG KENTAL PAS HULU BERNAM SEJAK TAHUN 1977 BANTU PRK DUN CEMPAKA KELANTAN



 Allahuakbar ! Syabas atas kehadiran Pak Ali ke Penamaan calun DUN Cempaka pada 10/3/2015 ini. Admin sendiri pun sentiasa ada halangan ke sana.Ramai tidak tahu sejarah dan nostalgia Pak Ali Otai PAS FELDA Gedangsa yang berhati waja dan berpendirian tetap dengan Parti Islam SeMalaysia (walaupun beliau adalah Pemuda UMNO pada masa itu) terutama pentadbiran di Kelantan pada masa tahun 1977 hingga diambil alih secara darurat oleh Kerajaan Pusat dan Pilihanraya semula pada 1978.Semoga ramai wartawan akan berusaha menulis sejarah Pak Ali lepas ini dan membukukannya sebagai bauh tangan PAS Hulu Bernam dalam Hulu Selangor.i. Selepas krisis dan darurat Tahun 1977 di Kelantan pada masa itu Kerusi PAS 22 dan UMNO 13 namun politik terus bergolak. Dan apabila PAS ditendang dari UMNO, Pak Ali turun ke KL dan mengistihar diri keluar dari UMNO dan masuk PAS.Pada masa itu tiada media seperti sekarang cuma yang ok adalah akhbar Watan .Begitulah sayangnya dengan PAS walaupun beliau pemuda UMNO pada masa itu. Selepas keluar UMNO beliau terus istiqamah dengan PAS walaupun melalui halangan dan cobaan dalam meneruskan kehidupan namun tidak mudah beralih arah.

No comments:

Post a Comment

Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...